anielestory
sharing is caring
aniele
Sunday, 9 August 2020
Tuesday, 17 October 2017
Perasaan?
Perasaan tu abstract, general dan unpredictable.
Pada siapa, bila, di mana, kita tak tahu.
Tunggu dan lihat.
Ini perasaan tentang hati antara dua manusia yg masih tak kunjung tiba.
Masih tunggu spt menanti bulan jatuh keriba. Seperti pungguk yg taktahu terbang, tp ingin kebulan.
Wednesday, 17 August 2016
Pengurusan Taman dan Ameniti / Park and Amenity Management (what/who/where/when/why/how)
Assalamualaikum... Post ketiga abt Park and Amenity Management.. Since ramai tktau. Haha. Nak explain tak reti sgt. I make it short je la k? Kalau nak tau lebih boleh dm ajaaa Eleina Rahim I will reply insyaAllah.
What :
Park and Amenity Management atau dlm bahasa melayunya Pengurusan Taman dan Ameniti.
Code programe : AP230
Fakulti : FSPU (Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur)
Kampus : UiTM Shah Alam
Tempoh belajar : 3 Tahun bersamaan 6 sem
Core : Pengurusan
Pointer stpm 2.0 ke atas boleh lepas insyaAllah. Lg tinggi pointer lg tinggi peluang.. Normal lah tu. REZEKI ALLAH BAGI. INGAT.
Syarat credit boleh tengok kt portal UiTM. Search ajoo. Jangan malas. 😷
About :
- Pengurusan.
- Cara menguruskan taman (dr segi maintenance, building, facility, amenity, finance, trees, etc)
- Segala jenis taman inc theme park, marine park etc
- Akan belajar - finance, drawing (plan), nama2 pokok (common/scientific), management, administration, etc (masuk belajar nnt tahu la sbb kdg2 boleh berubah)
- Banyak site visit - theme park, hutan, nature etc
- Lecturers baik2 manis2
- Ada MMT (minggu mesra taman) utk student sem 1. Minggu kenal2 dgn alam + lecturers + senior.
- Bonus untuk pencinta alam dan suka berjalan
-InsyaAllah kalau rajin semua boleh lepas setiap sem.
Penambahan baru:
-pelajaran. Management kan? Membaca la apa lagi. Hahaha. Ada la sikit2 draw2, map2, cad2 tu. Sikit je. Yg penting dan pasti guna otak itu wajib.
-scope kerja :
Hmm. Masa edit ni tgh final sem. Tak koje lagi deknon. Tp scope kerja ni more to manager la. Manager park ke. Manager theme park ke. Tour guide ke. Dlm bidang2 tourism ke. Golf course. NGOs. Hmm. Etc. Tp more kpd yg green green gitu. Tp bkn 'bulan' ye. Dacing bkn. Roket pun bukan. Politik sgt uols. Hahahaha. Tp bab kerja ni tkdpt nak direct sgt kemana perginya. Sbb semua depends pd rezeki jugak. So itulah antaranya yg dpt sis rungkaikan. Gituh. Hahaha. Lagi apa ye.
-bab engkorang bljr psl kt sekolah tu boleh tk dpt course ni bagai takyah pening2 dah la deknon. Yg bljr account pun ada je hah lepas sini apalagi sains. Ada jee.. Pejam mata je la soalan tu. Huhuhu.
Setakat ni tu jela kot dpt listkan. Haih. Sbb bnyk org bertanya so sis listkan sini. Sanggup bukak edit balik for future. 😂
Masuk belajar semua benda baru. Tak sama mcm masa sekolah. Bila dpt belajar. Bkn kena tahu semua baru boleh masuk U. Masuk untuk belajar. Nama pun belajar kannn... Belajar.
Nak tahu lebih dm aje. Komen boleh jugak. Tp takut tak terbalas. Sbb kdg2 tak bukak pon blog. Huuu.
Itu je la.. Taktau nak bgtau apa dah. Tu pun soalan common org tanya.
Terima kasih sbb sudi membaca. Good luck!
Salam.
Wednesday, 20 July 2016
Scaling gigi dan cabut gigi
Assalamualaikum. Hahaha. Hari niii.. Spt tajuk di atas, aku pi cabut and scaling or cuci gigi la senang cerita.
Gigi aku mmg dah pecah tp duk tunda tunda tunda smpai la dh sakit 2 hari tak boleh tidur last2 aku pi jugak gagah diri cabut gigi. Cadangnya nak cabut je.. Tp aku tanya skali scaling berapa.. Dia kata cabut rm40 ke atas same goes to scaling.. Aku kata nak cabut then scaling boleh ke. Akak tu kata boleh tp doktor akan bius dlu then scaling lepastu baru cabut. Huuu.. Aku tanya sakit tak.. Akak tu gelak lepastu dia kata tak.. Kan doktor dah bius. Aku pun oh okey je la. Hahaha. Terus la aku kata nak cabut and scaling. Masa tunggu tu cuak.. Tp tak la cuak sgt. Bila dh masuk tu yg dup dap dup dap. Hahahah.
Dah masuk, mcm biasa la deme suh baring atas kerusi yg boleh turun naik tu. Hahahaha. Aku pun dgn muka relax tp dup dap dup dap aku duk jugak la takkan nak lari kut. Buat malu ja. Hahhaa.
First doktor korek2 dlu kot ada makan melekat.. Tp tkde. Hahaha. Dia korek skali je.. Lepastu dia sapu ubat kebas sebelum cucuk bius.. Masa cucuk tu tkde la sakit cuma mcm kena cucuk2 ngn hujung jarum je lepastu tak rasa apa dah.. Makin lama mmg makin kebas la mulut. Masa duk cuci gigi or scaling tu rasa meleleh je air liur jenuh aku lap.. Tp tak de apa pon. Hahaha. 😂😂😂
Masa scaling tu aku ingt sakit gila laaaa.. Rupanya tak sakit pon.. Cuma ngilu sikit tang gigi yg tak sama duduk tu.. Sbb ye la.. Susah nak godek.. Tp alhamdulillah gigi aku sama rata semua cuma ada yg nk kedepan sikit.. Sikit je.. Still tersusun lg. Cuma gigi atas je arnab nawww nawww.. Hahaha. Ngilu dia sikit je sbb gigi aku tak sensitif sgt kut.. Tp doktor scaling gigi aku kejap je.. Gigi atas kejap, gigi bawah lama skit dlm 5 mnt.. Sbb gigi bwh yg berkaras skit.. Maybe karas gigi aku tak teruk. Hahaha. Alhamdulillah.. Berjaya jugak aku jaga gigi walaupun kena cabut jugak. Dah lopong dua batang. Hahahaha. Terberkeriut gak la muka aku masa scaling dgn air terpercik2 bagai. Haha. So far okay. Kira yg penakut gi jumpa doktor gigi mcm aku ni boleh gi cuci gigi lg la. Serius aku ni penakut gila. Hahaha.
Bg yg takut sgt scaling dont worry. Tak sakit.. Serius. Ngilu tu biasa laaa.. Tapi sikit je ngilu dia. Sikit sgt. Depends pada keterukkan karas gigi awak tu la.
Masa cabut pun tak sakit. Tak rasa apa. Setakat ni dua kali dah aku cabut gigi ngan doktor tu.. First masa sekolah dlu.. Second skrg laa.. Dh tua bangka gini. Mmg tak sakit and doktor serta staffnya sgt friendly. Highly recommended.
Klinik pergigian shah, Tapah, Perak.
Skrg ni masa tgh duk bercoret kt blog ni gigi aku berdarah lg.. Kebas pon tak hilang lg. Air liur meleleh pon tak perasan td. Hahahhaa. Sabor jela.. Kalau kata la sakit lepas cabut jgn risau, doktor akan bg ubat tahan sakit. Telan je la kalau sakit. Setakat ni aku tak pernah lg sakit lepas cabut. Yg ni tktau la guane japgi. Huuuu.. Oh gigi yg aku cabut dlu gigi atas. Skrg gigi bawah and dlm kedudukan yg sama ats bawah. Ceit. Hahaha.
Bg yg nak scaling tu.. Good luck. Kita kena berani. Hahahaha. Walaupun aku sendiri penakut. Tkpe.. Lepas scaling nnt jaga gigi bebetul.. Lepastu nnt bila buat cuci gigi 6 bln sekali tu tkde la sakit mana.. Boleh la kumpul duit untuk putihkan gigi pulak. Hahaha.
Itu je la.. Anything comment.. I will reply insyaAllah. Kalau lambat atau tak terreply maaf awal2. Org bizi le kate kan.. Bizi angaatttt.. Hahaha.
Itu jee.. Bye bye. Assalamualaikum and good luck.
Friday, 20 November 2015
Park and amenity management (pengurusan taman dan ameniti)
Assalamualaikum. Huh. Lama naw tak update blog. Berhabuk sana sini.
Sorry pd yg tanya pd blog sebelum ni tp,sy tak reply. Agak sibuk dan tak nyempat nak berblogging.
K. First of all.. post yg sebelum ni sy dh kata nk share psl kos park and amenity management ni kan. So now.. sy nak cerita lah. Walaupun agak lambat dh nk habis first year pun. Huhuhu.
K gais. Mcm ni..,kos park and amenity management ni mcm awak baca la kan pada tajuk pun dh "management" , so kos ni banyak ttg management lah. How we manage park. Park kat malaysia ni mcm2, jgn kata malaysia.. dunia ni mcm2 park ada. Yedak?
Mula2 blur jugak.. amende laa park amenity ni. Lepas tu bila sedare mare tanya kita masuk dpt kos apa bila kabo kos ni mesti deme kata mcm landscape architecture. Yedak? Hahahaaa. Tipu la kalau idak. Mesti ye. Sbb sy pun selalu kena mcm tu. Lepastu bila kita explain ditanya pulak amenity tu hape. Hah. Dah melongoo. Hahaha. Blur.
K.. park amenity ni best. For me la. Dunno la org lain kan. Tp this course mmg agak jiwa sy jugak la. Park. Taman. Biasa la. Dalam hati ada taman. Hahaha. Tp dlm park and amenity lebih dikenali as PAMs (park and amenity society) kita bukan la nk manage tmn2 bunga tu je semata. Idok. Theme park, marine park, hutan simpan also including as park. Playground also.. and mcm2 la. Ada urban park. Federal park. Mcm2 park hado. Tu boleh google ye cekkk..
Kos ni under FSPU and bila dh nama pon under FSPU apa yg kita belajar akan sama jugak dgn apa bdk2 FSPU lain belajar (tp tak la sama hundred persen ye) sikit2 sipi2. Ada lukis2 simbol pokok. Ada lukis masterplan. Tp dont worry kita tak lukis bagai nak rak mcm bdk2 landscape architecture. we just learning the basic. Ofcourse ada belajar autocad. Okey tu uoll kena belajar la kalau takde basic. Nak terang pon hmm. Pandai2 la. Gugel boleh. Hahaahaa.
Yg best la psl course ni.. jeng jeng jeng.. hahaha. Pensyarah mmg semua baik2 belaka. Really supportive! Seriously. Andddd... part paling bestnye ialahhhh... hahahhahaa. Pergi trip!!!! Hoyehh. Tu yg best lah. Tp bnyk gi site jugak. site masUk taman sokmo. Sunah beb tgok benda2 hijau tumbuhan hijau. Hahhaa. Seronok. Fun.
Tu je la nak terang untuk setakat ni. Nak terang lebih2 hmm.. tak menarik la kan. Haha. Uolls kena rasa pengalaman tu dlu...
Ni nak nasihat sikit. Gais. Jgn terlampau memilih sgt course. Ada peluang terus grab. Bukan semua org dpt peluang untuk sambung belajar. Tak tahu psl kos itu ini sbb kos tak popular la apa la.. tu kita boleh belajar. Masuk untuk belajar. Bukan masuk2 terus nak tahu semua. No. Takpayab la pilih kos2 yg awk sendiri tahu awk tak boleh nk grab. Bkn nk downgrade kan korang. No. Tp kita ni kena pandai tepuk dada tanya selera. Kita ni kena set. Niat kita nak belajar. Masuk la kos apa pun.. ambil la jurusan apa pun yg popular ke yg tak popular ke. Bila dh sambung belajar semua tu tak penting. Yg penting kita belajar untuk tambah ilmu.. tak semstinya bila keluar nnt korang dpt kerja yg sama dgn apa korang belajar. Belum tentu.. kalau belajar mencanak bagus tp softskill kantoi pon payah jugak (ni nasihat2 super2 senior/kawan2 yg dh kerja/pensyarah2 dll) .. tp its true kot. Sbb aku pernah try mintak kerja. Bila kau letak sebanyak mungkin softskill kau dlm resume insyaAllah org tu akan panggil iv. Kalau cra communication tiptop tak mustahil kau pointer rendah sekalipun tp dpt kerja tiptop. Who knows kan? Plan Allah. Thats why.. jgn choosy sgt. Jgn cerewet. Bersyukur apa yg kau dpt. K? jgn amik hati la. Ni nasihat je. Nak terima. Terima. Taknak takpe. U gais dh besar. Boleh fikir baik2 dah mana yg utama untuk korang dan masa depan korang. Tu je la.. tknk ckp pnjg. Sy pun tergapai2 lg. Hahahhaa
Oh lupa.. Course park and amenity management nk just ada kat UiTM Shah Alam okey. So u gais yg rasa2 nk duk shah alam try la course ni. Hahahhaa. Takde la. biasa je shah alam ni. Takyah nk proud sgt. Kahkahkah. sentap org shah alam. Ampunn ampunnn.. gurau sajaaa...
Thats all gais. kalah rasa nk apa2 info lg boleh comment...
K thats all. thanks sbb sudi membaca. Bye2. Assalamualaikum.
😊😊😊
Wednesday, 11 February 2015
Sambung belajar .. (Pengurusan Taman dan Ameniti)
Assalamualaikum ...
Hai, dah lama El tak masuk blog. Dah bersawang - sawangan blog El ni *sesapu kekibas sawang* .. tu la, buat blog aje dah berketul2, lepastu tinggalkan bersawang, lepastu buat baru, again and again. hahaha. ntah pape je kan. well, yg duk tersesat membaca kat blog El ni sihat ke uolls ?? sihat ?? alhamdulillah. teruskan kekalkan kesihatan tu ye.. kita kena fit ! hiyakk ..baca sini ttg park and amenity management ->> PAMS SHAH ALAM <<- dan ini ->> Parks and Amenity (what/where/dll) <<-
Okey, back to the point .. eceh.. padahal
Sekarang ni kan, el blur jugak ni.. Pengurusan Taman dan Ameniti ni belajar psl.. most of my friends ckp psl architecture la kan yeah right sbb dia pun under Fakulti Seni Bina, perancangan dan ukur (and it's totally not an architecture's programe!) Hahaha. it sounds like that la.. forget maa. haha. itu satu hal la.. basic mmg takde langsung.. basic art mmg takde.. mana nk ada.. last belajar seni masa sekolah menengah.. maybe last masa form 3 agaknya. form 4/5 kelas sains tulen (addmath,fizik,bio and kimia) masuk form 6 kelas business (p.am,geo,p.perniagaan,b.m) told ya.. takde basic about architecture langsung. (update info : kos ni jauh skit la dgn architecture tp lebih kurang skit mcm landscape architecture cuma kos ni psl taman (tp bkn landscape architecture okey) dia belajar how ro manage a park. Taman.). tp, nsb la darah seni dan menukang tu ada. so okey lagi la. hahaha. ntah la. tktau la mcm mana, dorang kata psl architecture tu architecture la.. nak kata pa... kan. belajar je la. deh rezeki kat situ. tu nama nya BELAJAR. kalau dh tahu semua benda nak belajar apa nya... kan..
bg sesiapa yg duk pening2 nak sambung ke tak, nak tolak ke tak sebagainya, believe on your rezki.. Allah is the best Planner.. He knows everything that good for you.. dont worry.. the best way for muslim is ISTIKHARAH,
terima kasih ..
assalamualaikum...
Thursday, 24 July 2014
cara tanak (masak) nasi bagi yang first time masuk dapur
aku sebenarnya bosan tak tau nak share mende. kebetulan pulak aku baru lepas tanak nasi cara manual (sbb rice cooker rosak) . manual kauuu... aku yakin mesti ramai yg tak tahu nak tanak nasi cara manualkan? ye la dunia dah moden kan, semua hujung jari. no no no. jgn amalkan sgt, dibuatnya tiba2 black out kan haaa, nak2 pulak tgh nak mkn lapar naw naw kannn, so kalau tau cara manual senang la kan, lg sedap gituu.. nak lagi sedap tanak atas dapur arang.. perghh,.. (aku ckp je aku tak pernah lg try atas dapur arang) haha.
okey la, entry ni mengada sangat kan, tapi bg yg dh power sgt tu simpan2 la untuk masa depan jgn show off sgt. kot nak menunjuk tu tunjuk kat depan bakal mak mertua baru betul power kennn....
so gini, mula ...
1) ikut la nak masak berapa pot beras, selalunya untuk 2 org dlm 2 atau 3 pot. depends potnya besar mana.
2) basuh beras - tos - basuh - tos - basuh - tos - letak air sampai keseluruhan tapak tangan boleh tenggelam. ataupun kan jari kita kan ada garis2 tu, hah amik jari telunjuk tu ukur paras air tu takat garis yg pertama (lebih sikit takpe ikut jenis beras, kdg2 ada beras kena lebih air sikit) tp cucuk atau letak tgn tu bukan sampai dasar tau. takat atas beras tu je (tengah2 antara air dgn beras tu, garisan khatulistiwa la senang) haha.
3) kemudian letak atas dapur, api besar, tanak sampai menggelegak ( bukan sampai kering, tak masak pulak nasi tu karang) dlm 4-5 minit mcm tu la. tengok2 la. kemudian dh nmpk air tu kering sikit awak gaul2 la nasi tu. kemudian pelankan api (api kecil nak ke sederhana gitu) then tutup periuk. tunggu la dlm 5-9 minit lg.
4) agak2 dh masak nasi tu dah kembang gitu, tutup je api. baru2 masak mmg nampak lembik giloss, biarkan kejap.
5) dah siapppp.. boleh makan dgn lauk. ehehe.
p/s : jangan tinggal kalau tinggal terbakor la dapur awak tu..... total time nak masak tu dlm 15 minit gitu jeee... tengok2 gak nasi tu. jgn sampai terlampau kering, nnt melekat ada kerak susah nk korek . huhu .gitu yee,... papepun, tengok2 juga, jgn confident lebih. okeyyy... tu je. babai. ;)